Showing posts with label la familia. Show all posts
Showing posts with label la familia. Show all posts

Tuesday, September 14, 2010

Eid 2010


Alhamdulillah, everything went well.
Despite the fact that one of us couldn't be there.

Friday, February 5, 2010

Oh,brother! 2

Januari 2010

"Amri, along nak cakap jap." Aku panggil dia. Dia yang baru lepas mandi, datang ke arahku.

"Amri buat apa keluar malam-malam, even hari sekolah pun?" Dia diam. Aku tanya lagi, "Pergi mana?"

"Amri pergi rumah kawan je. Main gitar, sembang2. Tu je." Muka dia dah keruh.

"Tau tak tahun ni Amri nak PMR? Membazir masa tau. Masa yang Amri keluar malam-malam ni patutnya boleh untuk buat homework, revision.Sekejap je nak bulan 10 Amri. Sekejap je Amri tak kuar malam ni. Lepas PMR ni nak kuar dari rumah tak balik-balik pun takpe." Muka dia lagii keruh.

"Amri tau. Tapi bulan ni je. Next month Amri dah tak keluar dah." Muka penuh harapan, muka adikku yang masih kecil dan mentah mengeluarkan janji. Ah, aku cair!

"Okay. Tapi Amri ingat Amri buat semua untuk Amri jugak. Bukan untuk Emak, Abah, Along ngan yang lain-lain." Dia angguk.

Hari ini adalah 5 Februari 2010, pukul 9.14 malam, dia takde kat rumah. God, he must really hate me. Headache :(

Thursday, February 4, 2010

Oh, brother!

Yea i'm down with conjunctivitis. Sakit mata la wehh. Dapat MC 3 hari. First day aku keje gak half day sebab ada meeting CPD, 2nd day aku bermalas-malasan kat rumah sambil melakukan kerja2 rumah dan today, the 3rd day, aku dah bosan gila. Dah hampir 48jam++ aku tak cecah kaki kat luar huhuhu. Tapi aku rasa my eyes are not getting any better. Might as well carik MO jap g eheh. Ntah2 dapat MC lagik :P

Anyhoo...

Mak ada kol semalam. Die ngan Abah pergi sekolah Kidu. Duduk sekali berbincang dengan cikgu kaunselor kat bilik kaunseling. Ada la sesi peluahan perasaan. Kidu dah tak tahan sekolah kat SI sebab kawan2 pulaukan dia. On what account, we still haven't got a clue. He admitted he was 'mentally bullied' with all the silent treatment or cynical remarks from his classmates. Dia ada mengaku dengan emak yang dia dibuli di sekolah, tapi mak pujuk untuk teruskan sekolah sampai abes Form 3. He okayed it. Tau2 dia dah ponteng sekolah 3 days in a row, lepak kat CC.
Cikgu dia bagi a week untuk fikirkan pasal hal tukar sekolah. Aku pun tak tau macam mana dia jadik such a quitter like this. And i was also sad because he never mentioned any of this before. Yang aku tau die kerap hang out dengan kawan2 dia yang aku nampak sebagai bad influence to him especially this one particular boy, F yang memang aku ngan Ika tak approve of.
He should know better to focus in school instead of wasting his time on 'friends'. He should know better in the future none of this so-called 'friends' wud last. Mak abah bersusah payah carik duit for his education, especially mak yang dah buat savings for his college so that dia takyah amek PTPTN nanti.
I just hope he will realise this sebab nothing in this world comes in handy. He has to learn that he is doing it only for himself coz Allah won't change one's fate unless he works for it.

Worrying for my little brother might give me ulcer one day ;(

Sunday, January 17, 2010

welcome home iman!



Selsema la. Lepaih makan Benadryl (the only antihistamine kat rumah) nih rasa mengantuk lak. Semalam pegi melawat baby baru AyahNi kat TPT, Puchong. Ishh lama gila takda sepupu baru. Last sekali masa E-da lahir which was 7 years ago. Siap dah sekolah pun minah tuh.
Anyway, according to AyahNi, baby iman nih sangatlah secretive. Nak tengok gender dia semasa scan adalah tak dapat. Hihihi. Only after dia lahir baru dapat tahu. Family AyahNi dah la eager nak tau sebab dia ada 3 boys dan sangatlah mengharapkan dapat baby girl. Alhamdulillah. Besarnya kurniaan Allah.
So dear Iman Athirah Darwisyah, thank you for making us realize that Allah is great :)
P/s;this pic is also my phone's wallpaper xD