Sunday, April 19, 2009

Beban

susah kan nak simpan rahsia? terutama sekali rahsia yang melibatkan perkara2 yang kita tak suka. tak suka sangat sampai nak terbocorkan rahsia tuh. pendam dalam hati akan memakan diri sendiri. nak sangat carik orang yang takkan sesekali membocorkan rahsia yang dipendam nih. nak nak kalo orang yang kita simpan rahsia dia nih orang sekeliling kita, yang ajak kita makan, yang ajak kita jalan2. tambah lagi rahsia ni mengenai die dan orang yang kita suka, suka sangat2 sampai kita tak perasan. tak perasan sampai bila kita dengar je pasal rahsia pasal depa ni, kita rasa pedih dalam hati, rasa nak menangis mengadu kat orang lain, rasa nak maki2 derang atau orang len, atau lain-lain lagi. kita rasa dengan mengetahui rahsia tu, kita secara automatiknya telah mengetahui bahawa kita telah diperbodoh-bodohkan. mungkin derang tak berniat begitu, tapi itulah yang kita rasakan.

penatnya simpan rahsia diorang ni. hanya Allah yang Maha Mengetahui.