Thursday, September 10, 2009

CrushCrushCrush

Topik cilok dari Suria.
Masa sekolah menengah aku memang ada minat kat banyak-banyak orang tapi the biggest crush i had on somebody was when i was in F3. Dia adalah seorang senior F5, kelas 5 Akaun 2, nama dia Saiful Azhari bin Hasan aka Qatar. (Tu adalah nickname dia di kalangan kengkawan aku).

Crush:
Saiful Azhari bin Hasan.

Masa kejadian:
aku F3 dan dia F5.

Start to know him:
Masa aktif (wtf? aku tak aktif pun) PBSM sekolah.

Perilaku-perilaku gersang tak ingat:
#1:Kat sekolah kalau kelas agama mesti kene campur 2 kelas. Kalo time kelas agama dia akan datang kat kelas 5 Akaun 1 which was the opposite of my class. Memang heaven la aku masa tuh sebab aku duduk tepi tingkap. Sampai dah bleh hafal schedule kelas agama dia. Aku pernah kene tegur dengan cikgu BM sebab tak concentrate dalam kelas sebab asyik pandang luar jek. Nasib baik tak fail BM.

#2:Aku ada diari yang full of my luahanperasaanperasan terhadap dia. Kalo la dapat kat adik2 aku mesti kene gelak menganjing gila. Dah la jiwang tahap dewa, pastu siap ngan poems, lirik2 lagu ngan daily updates of segala yang berlaku berkenaan dengan dia. Dia datang sekolah dengan motor so agak cool la. Pastu aku akan terasa hati plak (wth?) kalo nampak dia bercakap dengan other girls kat sekolah. So penuhlaa entry diari aku hari tu.

#3:Dekda my bestfren back in school pernah bagi phone number aku kat dia. Dan dia called during my birthday!! Memang aku elated dan high masa dia called. Aku bahasakan diri 'aku-kau' je ngan dia. Lepas tu kalo jumpa je kat sekolah aku akan buat tak kenal sebab aku MALUUU sangat nak bertentang mata ngan dia. Peh memang aku fell head over heels la ngan mamat nih. *Guling2 bila teringat balik*

#4: Aku pernah menangis pasal dia sebab aku dengar dia sakit. Turned out to be NOT TRUE! Serius membazir my tears ahahaha.

Seriously aku tak pernah ada perasaan begini kuat terhadap seseorang sebelum dan selepas mamat ni. Lepas jer dia abes SPM dia still ada kol tapi cam sekejap2 pastu dah takde. Maybe dat time i was naive so i poured all of my heart and soul (ewah) to this guy. But back then aku takde pun nak kapel ke hape ngan mamat nih cuma minat dari jauh yang menggunung tinggi. Bila dah kenal ngan dia the thrill pun kurang. Nak2 plak wavelength ngan chemistry takder. Sebab tu la bila dah start kawan ngan dia level of kegersangan pun dah berkurang. Elok benar la tuh. Dreams vs reality.

Sometimes love comes around and it knocks you down
Just get back up when it knocks you down
(Knocks you down)
Sometimes love comes around and it knocks you down
Just get back up when it knocks you down
(Knocks you down)

Keri Hilson-Knock You Down

I wonder when will i feel this strong towards someone else again? *sigh*